Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
- · Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
- · Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
- · Nilai-nilai luhur dan harmoni
- · Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan
- · Ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia
berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih
perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
- · Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
- · Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
- · Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
- · Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
- · Memiliki kemahiran kaunseling
- · Menggunakan teknologi terkini
- · Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
- · Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
- · Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
Tanggungjawab pendidik
1. Membina
budaya ilmu
- a.
Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak
langkah dan mengembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai
pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan
dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme
urusan harian.
- b.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah
kepada pandangan jauh dan luar biasa.
- c.
Kebolehan menterjemah dan mengawal
kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai
kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti
bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar
pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning.
Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat.
Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:
·
Belajar untuk menguasai ilmu
·
Belajar untuk menguasai kemahiran
·
Belajar untuk menjadi insan berguna
·
Belajar untuk harmoni dan bekerjasama
-
d. Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/
moral
Nilai-nilai murni menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan
masyarakatyan g dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
- e.
Menguasai pengetahuan dan kemahiran
industri
Melahirkan generasi untuk pasaran
tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah
sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada
tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan
keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan
hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif
yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
2. Membentuk
Masyarakat Madani
Pendidik yang professional dapat menangani
pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan
akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh
mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan
perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech",
dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka
konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat
Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu
menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani
diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan
ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap
kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri
yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
0 comments:
Post a Comment